Saturday, 26 May 2012

10 Successfull Enterpreneur by Business Area - Services

NADIBIZ: KL HOPE-ON-HOP-OFF IKON BARU KUALA LUMPUR.


KL Hope-On-Hop-Off
BAS dua tingkat atau lebih sinonim dengan panggilan 'double-decker' sering dikaitkan dengan London dan ia menjadi ikon kota raya itu.
Selain London, double-decker juga menjadi pengangkutan popular di beberapa bandar utama di Eropah dan Asia seperti Singapura, Sri Lanka, Jepun dan Hong Kong. Ia biasanya digunakan untuk tujuan bersiar-siar dan melawat tempat menarik di bandaraya terbabit.
Di Kuala Lumpur, penggunaan double-decker untuk kegiatan itu masih terlalu baru dan hanya mula diperkenalkan tahun lalu.
Dikenali sebagai KL Hop-On-Hop-Off, perkhidmatan bas double-decker di ibu negara itu dikendalikan Elang Wah Sdn Bhd, syarikat yang diterajui Syed Azhar Syed Nadzir. Syarikat itu ditubuhkan pada 2006 dengan usaha sama rakan niaga, Rizal Ashram Ramli.
Syed Azhar berkata, penggunaan bas dua tingkat dan pengenalan perkhidmatan bas KL Hop-On-Hop Off dilihat sebagai tepat pada masanya sempena Tahun Melawat Malaysia.
Berkonsepkan `hop-on-hop-off’, pelancong atau penumpang bas boleh naik dan turun di mana-mana laluan dengan menggunakan tiket yang sama untuk tempoh 24 jam. Sambungan....


UBAH IMEJ BAS EKSPRES



WAN MOHD. SANI usahawan dan ahli korporat .

SANI Ekspres mungkin asing bagi sebahagian penduduk di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Namun, di Pantai Timur, syarikat tersebut kini merupakan antara syarikat bas yang menjadi pilihan penumpang kerana perkhidmatan dan keselesaan yang ditawarkan.


Sani Ekspres kini berbangga apabila mampu berdiri sebaris dengan beberapa syarikat bas ekspres gergasi lain seperti Konsortium Mutiara dan Transnasional yang telah menguasai sebahagian besar pasaran di Pantai Timur terutamanya. Sambunganya....







KISAH JUTAWAN FOTOGRAFI SAIFUL NANG


Saiful Nang merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal serta mempunyai pengaruh cukup besar dalam kalangan jurugambar-jurugambar di Malaysia. Beliau juga pernah dianugerahkan oleh Mediacorp Asia sebagai salah seorang jurugambar terbaik Asia, serta disenaraikan oleh Dewan Ekonomi sebagai 20 usahawan berjaya dan paling kreatif di Malaysia. Kejayaan beliau mula terukir apabila berjaya membawa jenama Candid Syndrome ke persada dunia. Jenama Candidsyndrome kini bukan lagi nama biasa di negara seperti Indonesia, Brunei, Sweden dan juga Singapura. Sambungan...



Norehan Abd. Majid dengan pelaminnya.
NOREHAN USAHAWAN SALON BERJAYA



JEMPOL 4 April – Bermodalkan RM30,000 dan berbekalkan kemahiran menggunting rambut yang dipelajarinya di sebuah pusat latihan di Seremban, Norehan Abd. Majid, 38, memulakan langkah menceburi perniagaan salon rambut. Walaupun secara kecil-kecilan, Norehan atau lebih mesra dengan gelaran Ann tidak lagi menoleh ke belakang selepas itu. Kini, selepas lebih 10 tahun, dia mengembangkan perniagaan dalam bidang butik pengantin pula.


IRFAN KHAIRI JUTAWAN INTERNET

 

Dr.Irfan Khairi adalah penasihat perniagaan Internet yang membantu perniagaan dari rumah dan peniaga kecil-kecilan dalam menjual produk dan perkhidmatan dengan cara memperkenalkan strategi pemasaran Internet yang mudah dan murah.
Tidak seperti penasihat yang lain, Irfan mempunyai latar belakang dari segi pendidikan dan juga telah menerbitkan sebuah buku mengenai industri ini. Beliau juga telah memperolehi pendapatan melebihi satu juta ringgit melalui perniagaan di Internet.



dr_2.JPG
 
BERUSIA 42 tahun berkelulusan dari UiTM dan berasal daripada Negeri Sembilan serta mempunyai dua orang cahayamata, Noor Azmi A Karim merupakan orang pertama yang mempercayai dan yakin tentang sistem perniagaan yang diperkenalkan oleh Uptrend Network Sdn Bhd (UPTREND) pada awal tahun 2004 yang pada ketika itu beroperasi di sebuah pejabat kecil di Bangsar bersebelahan Alliance Bank.

Menceritakan detik awal penglibatan beliau di dalam UPTREND, beliau berkata, adalah agak sukar untuk menyakinkan kawan-kawan dan orang yang hampir dengan beliau tentang potensi perniagaan yang UPTREND perkenalkan. Keadaan pejabat pada ketika itu amat daif hinggakan jika bawa prospek ke pejabat pasti prospek akan hilang keyakinan apatah lagi untuk mempercayai peluang perniagaan yang beliau perkenalkan.

Pada awal penglibatan, beliau memang tidak dapat menunjukkan sebarang bukti. Pada masa itu, apa yang beliau ‘jual’ hanyalah tentang kesungguhan yang ada pada pihak pengurusan UPTREND
 
BERUSIA 42 tahun berkelulusan dari UiTM dan berasal daripada Negeri Sembilan serta mempunyai dua orang cahayamata, Noor Azmi A Karim merupakan orang pertama yang mempercayai dan yakin tentang sistem perniagaan yang diperkenalkan oleh Uptrend Network Sdn Bhd (UPTREND) pada awal tahun 2004 yang pada ketika itu beroperasi di sebuah pejabat kecil di Bangsar bersebelahan Alliance Bank.

Menceritakan detik awal penglibatan beliau di dalam UPTREND, beliau berkata, adalah agak sukar untuk menyakinkan kawan-kawan dan orang yang hampir dengan beliau tentang potensi perniagaan yang UPTREND perkenalkan. Keadaan pejabat pada ketika itu amat daif hinggakan jika bawa prospek ke pejabat pasti prospek akan hilang keyakinan apatah lagi untuk mempercayai peluang perniagaan yang beliau perkenalkan.

Pada awal penglibatan, beliau memang tidak dapat menunjukkan sebarang bukti. Pada masa itu, apa yang beliau ‘jual’ hanyalah tentang kesungguhan yang ada pada pihak pengurusan UPTREND




Siswazah menganggur 5 tahun jadi usahawan tani berjaya

mh_02_big.jpg
JAMALUDDIN Abdul Rashid yang dulunya siswazah menganggur kini menjadi usahawan tani yang berjaya di hadapan banglonya di Kampung Sadek, Kupang, Kedah.
BALING 24 Mac – Kira-kira 19 tahun lalu, selepas menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM), Jamaluddin Abdul Rashid bercita-cita untuk menjadi pegawai daerah.
Bagaimanapun permohonannya bagi pekerjaan ke arah jawatan tersebut gagal.
Beliau kemudian memohon pelbagai jawatan kerajaan tetapi nasib tidak menyebelahinya.
Malu dengan keadaan dirinya yang masih menganggur walaupun memiliki segulung ijazah, Jamaluddin sanggup melakukan semua kerja termasuk menjadi buruh, bersawah dan menoreh getah – semua kerja yang tidak memerlukan ijazah.
Setelah lima tahun `menjaja’ ijazahnya, beliau yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan pada 1986 memutuskan untuk tidak lagi memohon pekerjaan menggunakan kelulusannya itu.
Sebaliknya, Jamaluddin, 45, berusaha membuka tapak semaian pokok bunga dan pokok teduhan dan kini beliau merupakan usahawan tani yang berjaya.
Beliau bukan sahaja menjadi majikan kepada 10 orang pekerja tetapi mendapat kepercayaan sebuah pemaju terkenal untuk membekalkan pokok bunga dan teduhan ke jabatan kerajaan, sekolah dan swasta.
Hasil titik peluhnya mengusahakan tapak semaian yang dikenali sebagai `Semaian Ani Ayu’ itu, Jamaluddin yang pernah menyertai Skim Khidmat Siswazah (SKS) bagi graduan menganggur pada 1986, dapat membina sebuah banglo.
Banglo tersergam indah di Kampung Sadek, Kupang yang berharga lebih RM300,000 itu adalah lambang kegigihan, kecekalan dan keberanian seorang siswazah yang tidak bergantung harap kepada kerajaan semata-mata.
“Saya tidak berminat untuk bekerja di pejabat lagi walaupun ditawarkan jawatan yang tinggi,” kata Jamaluddin ketika ditemui oleh Utusan Malaysia di rumahnya, hari ini.
Jamaluddin berkata, beliau tidak pernah menyesal kerana cita-cita menjadi pegawai tinggi kerajaan tidak tercapai.
Beliau turut menasihatkan graduan menganggur yang kini berjumlah 80,000 orang supaya tidak memilih pekerjaan dan berharap kerja `makan gaji’ semata-mata.
“Buatlah sebarang pekerjaan yang halal dan sebaik-baiknya buatlah pekerjaan sendiri kerana kita lebih bebas dan tidak terikat,” ujarnya.
Menceritakan kejayaannya itu, Jamaluddin berkata, beliau mendapat dorongan Jabatan Pertanian dan rakannya seorang lulusan Ijazah Sarjana Muda Botani Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk mengusahakan tapak semaian di atas tanah seluas satu hektar pada tahun 1991.
Tambahnya, beliau sedar untuk berjaya, segala perasaan malu, ego dan rasa rendah diri perlu dikikis bagi mencapai matlamat itu.
Bapa kepada dua anak hasil perkongsian hidup bersama Noraini Sulaiman, 39, itu kini boleh berbangga apabila perniagaannya telah berkembang ke seluruh negara walaupun pendapatan awal hanya sekitar RM400 sebulan.
Menurut Jamaluddin, ijazah yang diperoleh hanya sekadar untuk mendapat pengetahuan serta ilmu tetapi ia bukan lesen untuk memperoleh kerja bergaji besar tanpa berusaha sendiri.
“Saya semakin seronok apabila perniagaan ini mampu memberikan pendapatan lumayan sehingga melebihi empat angka,” kata Jamaluddin yang turut menyambut baik langkah kerajaan mewujudkan semula Skim Latihan Siswazah Menganggur (SLSM) bagi mengatasi masalah pengangguran di kalangan lepasan institusi pengajian tinggi.
Bagaimanapun katanya, skim itu perlu meningkatkan bimbingan secara berterusan kepada bekas siswazah, sementara golongan itu pula perlu mengikis sikap untuk bekerja makan gaji semata-mata selepas tamat pengajian di universiti.




Rezeki Usahawan Madu Lebah

TIGA tahun lalu, Shaiful Hizam Harman pernah berkobar-kobar untuk menternak burung walit. Namun, hasratnya terbantut apabila dia kekurangan maklumat mengenai penternakan haiwan itu.

Ternyata ada hikmah di sebalik semua itu, kerana selepas puas berfikir dia kemudian memilih untuk menternak lebah madu.

“Sekitar 2007, memang saya terfikir untuk masuk dalam industri pemakanan kerana saya sendiri merupakan pengusaha gimnasium yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Saya lihat masyarakat moden hari ini lebih menitik beratkan pemakanan mereka.

“Bagaimanapun ia terpaksa dilupakan kerana selain kekurangan maklumat, saya mendapati permintaan untuk sarang burung itu pun lebih menjurus kepada pasaran China,” katanya.

Permintaan tinggi

Namun begitu, tidak lama selepas itu dia teringat tentang khasiat madu seperti yang pernah dibacanya dalam hadis Rasulullah.

“Saya mula membuat kajian tentang tawaran dan permintaan madu di seluruh dunia. Saya baca laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Australia, Amerika Syarikat dan Eropah,” katanya.

Kebanyakannya mendedahkan permintaan madu dari luar negara sangat tinggi sedangkan pengeluaran bahan itu sangat kurang.

“Seperkara lagi, modal yang diperlukan untuk memulakan industri lebah madu masih kecil iaitu kira-kira RM12,000 berbanding RM250,000 untuk industri sarang burung walit,” katanya.

Selama setahun, Shaiful mula melihat laman-laman web dan belajar mengenai lebah menerusi video YouTube selain melawat beberapa ladang lebah madu di sekitar Selangor.

Hari ini, usahawan muda itu mampu meraih pendapatan kira-kira RM8,000 sebulan melalui lima kotak atau koloni lebah yang dihuni oleh 70,000 ekor lebah bagi setiap kotak.

Lebah bersifat sensitif

“Tidak susah untuk memulakan industri lebah madu. Ia boleh dibuat di belakang rumah atau ditumpang di kebun buah-buahan. Risikonya kurang kerana jika satu koloni lebah diserang penyakit seperti bakteria atau fungus, ia tidak berjangkit kepada koloni yang lain,” katanya.

Pada pendapat beliau, lebah bersifat sensitif, amat mengenang jasa dan setia kepada tuan yang memeliharanya.

“Saya pernah berhadapan dengan kesulitan kewangan pada awal tahun 2009. Apa yang saya buat tidak menjadi. Saya duduk di hadapan kotak-kotak lebah saya dan menceritakan masalah saya. Saya meminta lebah-lebah ini keluar untuk mendatangkan madu dengan jumlah yang banyak,” katanya.

Beliau hampir menitiskan air mata apabila doanya dimakbulkan Allah, dengan lebah-lebahnya mengeluarkan berkilogram madu.

“Saya hanya berada di kawasan ternakan lebah dua atau tiga kali seminggu. Tetapi mungkin lebih kerap jika perlu menguruskan pemindahan lebah ke tempat baru. Sekali pergi saya akan berada untuk tempoh sejam atau dua bagi menguruskan semua koloni lebah,” katanya.

Antara yang terbaik

Beliau berharap orang ramai agar membuka mata terhadap industri yang amat berpotensi itu.  Di Malaysia, madu yang terhasil menerusi kerajinan lebah mencari manisan daripada pokok gelam, akasia (sejenis pokok kayu balak), nanas dan belimbing, mempunyai bau yang lebih kuat.

Ia menyamai madu dari New Zealand yang terhasil daripada lebah-lebah yang terbang mencari manisan dari pokok manuka. Pada masa ini, Shaiful hanya menjual madu yang dibotolkan dengan jenama Madu Tree secara dalam talian pada harga RM44 bagi 500 gram berbanding RM98 (500 gram) madu yang diimport.






Usahawan Kek dan Coklat

Fariha Norbaya Ismail merupakan seorang usahawan kek dan coklat. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Farin. Walaupun merupakan seorang graduan sains kemanusiaan, tetapi disebabkan minat, beliau telah menghadiri bengkel membuat cupcakes pada tahun 2008. Sejak itu, Farin mula menjalankan perniagaan kek dan coklat. 
Sudah hampir 4 tahun beliau menjalankan perniagaannya. Semuanya diuruskan hanya dari rumah. Kini, Farin @ Fariha Nurbaya Ismail telah memiliki enterprise sendiri – Farin Cake House dan mengendalikan blog farin-mecupcakes.blogspot.com. Blog ini menjadi salah satu cara Farin mempromosikan perniagaannya dan turut menjadi salah satu tempat untuk menerima tempahan dari pelanggan.

Fariha Norbaya Ismail amat bertuah kerana mendapat sokongan daripada suami serta keluarga tersayang. Antara produk yang dijual Farin adalah cupcakes, kek, coklat, muffin, doorgift, apam polkadot, kek coklat lembap, cheesecakes, kek lapis sarawak, kek perkahwinan, tepung kek segera Farin, brownies dan macam-macam lagi. Farin juga mengendalikan bengkel baking dan deco dari masa ke semasa. 

Bimbing usahawan daging


Setelah berjaya dalam bidang penternakan kambing Boer, melibatkan diri dalam membangunkan usahawan ternakan serta kedai berasaskan daging, kini Nordin Mat melangkah setapak lagi dengan memulakan kursus perniagaan kedai daging secara komersial.

Selaku Pengarah KMJ Supplies Sdn. Bhd., Nordin berkata, kedai daging dengan jenama Perfect Fresh & Frozen telah mula mengadakan kursus setiap bulan bagi yang berminat memulakan perniagaan kedai daging mereka sendiri.

“Program yang lepas adalah dengan kerjasama dengan Mara berkonsepkan mentor mentee dengan Perfect Fresh & Frozen bertindak sebagai mentor.

“Di bawah Program Usahawan Bumiputera MARA, seramai 50 peserta telah disaring sebelum memilih 10 orang dan daripada itu hanya lima orang telah dipilih untuk memulakan kedai mereka masing masing,” katanya ditemui semasa sesi latihan kursus memulakan kedai daging secara komersial di premisnya di Kajang, Selangor.

Katanya, ini merupakan salah satu cara untuk mentee membangunkan sebuah kedai daging dengan bantuan mentor.

“Sebagai mentor, kami memberikan komitmen dari A hingga ke Z, bermula dengan bagaimana untuk memulakan sehingga menjalankan perniagaan,” katanya.

Nordin menambah, kedai daging ini dijangka akan dapat membantu individu yang terlibat dalam penternakan memandangkan outletnya menjual pelbagai jenis produk seperti daging kambing, lembu, rusa, arnab, burung unta, burung puyuh, ayam kampung dan sebagainya.

Kursus berkenaan mengambil masa tujuh hari menggunakan tenaga pengajar profesional bagi memantapkan lagi kefahaman peserta.

“Mereka juga digalakkan menjalankan trial and error sendiri sehingga mereka benar-benar boleh menyelesaikan masalah mereka sendiri,” katanya.

Peserta juga akan diajar melayan pelanggan dengan memberikan seberapa banyak banyak maklumat mengenai potongan daging, kesesuaian dan juga resipi.

Pelanggan juga diberikan tip memilih serta penjagaan daging serta masakan yang sesuai.

Cara ini bukan saja dapat menambahkan pengetahuan pelanggan tetapi juga memberikan pilihan kepada pelanggan untuk datang lagi ke kedai berkenaan.

Apa kata peserta

Bertugas sebagai kontraktor selama 22 tahun, Hasnul Badaruddin, 42, melihat industri makanan mempunyai potensi yang besar semasa ambang kemelesetan ekonomi.

“Saya telah menjalankan tinjauan di Taman Permata, Hulu Kelang dan Bandar Sri Damansara dan mendapati permintaan terhadap produk makanan adalah tinggi.

“Selain ini industri berkenaan juga mengeluarkan produk berasaskan daging yang suci, sihat dan halal,” katanya yang bercadang untuk membuka kedai daging di Taman Permata menjelang Mac ini.

Beliau yang datang menjalani kursus berkenaan dengan anak perempuannya, Siti Norsalsabila, 18, berkata, kursus yang diikuti akan menjadi galakan untuk anaknya memulakan perniagaan.

Sementara suri rumah, Norainon Aiman, 39, mendapat dorongan suami bagi menghadiri kursus berkenaan.

“Pada mulanya saya tidak berminat untuk membuka kedai daging tetapi selepas diberikan pendedahan barulah hati saya terbuka,” katanya.

Beliau menambah, latihan yang disertai memberikan banyak ilmu yang bermanfaat mengenai keratan daging. “Buat masa ini saya amat yakin dan merancang untuk membuka kedai di Shah Alam selewat-lewatnya Mac ini,” katanya yang tinggal di Beranang, Selangor.



No comments:

Post a Comment